BASMALAH

BASMALAH

APA YANG TELAH TERJADI NI???

Tuesday, December 28, 2010

  Sperti yang sudah kita ketahui manusia mempunyai perasaan ,hati akal dan semua yang Allah berikan kepada manusia adalah sama,kerana?kerana Allah itu MAHA ADIL.
  Akan tetapi kenapa sekarang ada manusia mengutuk sesama manusia sendiri ibarat tidak mempunyai akal dan perasaan tetapi hanya mengikut hawa nafsu,apa yang paling sedih sekarang ialah sesama ummat islam sendiri sehinggakan orang yang tertuduh,jatuh maruahnya dan disangka buruk oleh orang ramai.."KETAHUILAH MANUSIA JIKA ORAANG TERTUDUH ITU TIDAK MEREDHAI ORANG YANG MENUDUHNYA MAKA ORANG ITU TIDAK MASUK SYURGA".

  Mari kita ambil satu contoh,iatu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa kes yang dihadapinya kini.Apakah yang dihadapi ummat Islam sekarang?meskipun ada kesalahan,tidak semestinya sebarkan sehingga seluruh negara tahu!!Islam meganjurkan supaya menutup aib orang lain.Bahkan sikap menutup aib orang lain disukai Allah dan akan memperoleh balasan di akhirat kelak.

   

Read more...

CERITA TENTANG HOLY WATER

Tuesday, August 24, 2010

sebelum menganut Islam ialah Thomas Layden. dan kini beliau merupakan seorang mubaligh
Islam yang sangat gigih menyebarkan dakwah Islam kepada Masyarakat terutama golongan
Kristian sendiri. Bekas Padri Thomas ini berasal dari Sabah dan telah menganut islam
pada awal tahun 90han. Oleh sebab beliau seorang bekas Padri, dan pernah tinggal
bersama-sama dengan Pope (John Paul II) di Vatican, beliau sangan arif tentang agama
Kristian dan sangat arif tentang apa yang berlaku di Vatican.

Di antara perkara yang dijelaskan kepada saya, dan juga kepada orang ramai tentang
agama Kristian (Khatolik), ialah tentang Kitab Gospel Of Barnabas, yang dianggap oleh
pihak Gereja Kristian sebagai apocryphal(dianggap meragukan kandungan dan pengarangnya),
tentang biara (yang ada di bawah tanah Gereja Vatican), Celebacy (Padri dan Nun tak
boleh kahwin), bacaan talqin, kesah Confession ( memohon ampun) dan sebagainya.
Tentang Biara, beliau mengatakan bahawa di Gereja vatican, terdapat sebuah biara
(Yang namanya Biara-) yang lokasinya agak terahsia. Jalan masuk ke dalam biara
tersebut hanya berbentuk penutup lubang sahaja, tetapi dalamnya merupakan sebuah
tempat yang menyerupai istana. hanya golongan tertentu sahaja, iaitu calon-calon
Padri sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam biara ini. leh sebab itu, padri-padri
Kristian Khatolik diseluruh dunia (Yang hanya bertaraf Padri ke atas) nescaya pernah
sampai dan tinggal di dalam biara ini. Dalam biara ini, bakal-bakal padri dan nun
bercampur gaul dengan bebas, sehingga ada dikalangan Nun ini yang mengandung.
kandungan Nun ini digugurkan dan dikeringkan untuk dijadikan air the Holy Water
(Pagi ini, 22.5.98 Jam 8.30 pagi, saya telah menghubungi kawan saya itu tentang Holy
Water. Ada kenyataan mengatakan bahawa Holy Water sebenarnya dibuat di Gereja,. di
sini pada malam PASKA. Bekas Padri Thomas, mengatakan benar bahawa di sini pun ada di
buat Holy Water, tetapi Holy Water yang ini tidak digunakan sebagai air jampian.
Yang digunakan sebagaiair jampian ialah air Holy Water yang juga di buat pada malam
PASKA, tetapi menggunakan air daripada larutan janin hasil hubungan antara bakal
padri dengan nun. Padri dan nun sebenarnya tidak boleh kahwin, tetapi sebenarnya
mereka telah enjoy seks sepuas hati semasa mereka berada di dalam biara.
(kalau tidak percaya, sila tanya Padri Katholik yang berhampiran dengan anda-Padri
tidak boleh bohong! tidak boleh marah! kalau bohong , kalau marah, berdosa, kalau
berdosa siapa yang akan mengampun dosa kerana hanya padri sahaja yang boleh ampun
dosa. Pope sendiri walaupun tidak kahwin, tetapi beliau mempunyai ramai
pembantu-pembantu wanita!.(Cuba bayangkan!).Bekas Padri Thomas juga mengatakan
bahawa, keimanan sesaorang terhadap Jesus Christ sebagai Reedemer juga meningkat
apabila berada di dalam biara kerana seolah-olah pada masa itu terbayang dimata
mereka kehadiran Jesus Christ di sana.Bagaimana Jesus Christ, sebagai seorang anak
Tuhan boleh beserta dengan mereka yang melakukan maksiat!. Biasanya yang selalu
bersama-sama dengan pesta maksiat ialah Syaitan dan Iblis.



Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan kejadian yang melucukan ketika beliau sedang
giat berdakwah menyebarkan agama Kristian di Indonesia. Pada suatu hari, beliau telah
dipanggil oleh seorang doktor dari sebuah hospital. Beliau dipanggil oleh doktor
tersebut kerana di hospital tersebut ada seorang penganut agama Kristian yang sedang
nazak. Doktor mengatakan bahawa pesakit tersebut tidak ada peluang untuk hidup. latas
beliau meminta bekas Padri Thomas untuk melakukan sesuatu kepada pesakit ini. seperti
kebiasaan yang dilakukan oleh bekas Padri Thomas, untuk membisikkan sesuatu ke
telinga orang yang hampir mati. Menurut bekas Padri Thomas, apa yang dibisikkan ke
telinga pesakit (seperti yang biasa dilakukannya ) ialah ' Nabi kamu SebenarNya nabi
Muhammad'. Peristiwa itu menjadi satu peristiwa yang menakjubkan dan melucukan kerana
pesakit yang hampir mati itu bangkit, dan menjadi kemudah menghibuhkan kepada orang
ramai tentang apa yang dibisikan oleh bekas Padri Thomas, lalu beliau menganut agama
Islam. menurut bekas Padri Thomas, bacaan yang dibuat oleh Padri semasa mengkebumikan
mayat orang Kristian (Khatolik) juga ada menyebutkan bahawa nabi yang sebenar ialah
nabi Muhammad.

Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan peristiwa bagaiman beliau, yang merupakan
seorang bekas Padri, selalu sahaja, iaitu pada hari Ahad menerima pengakuan dosa
(Confession). Satu peristiwa yang amat menyentuh hatinya ialah peristiwa di mana
pada suatu hari, seorang yang telah kehilangan barang telah mengadu kepadanya tentang
kehilangan barang tersebut. Beliau hanya berkata dan memberi dorongan dan galakan agar
orang yang kehilangan barang tersebut bersabar. Pada hari Ahad minggu hadapannya,
seorang lelaki datang kepadanya untuk membuat pengakuan dosa (confession). Orang
tersebut telah mengaku bahawa ia telah mencuri barang orang yang mengadu minggu
yang lalu. Seperti biasa bekas Padri Thomas, mengampunkan dosa orang itu. Peristiwa
tersebut telah menimbulkan konflim dalam jiwa nya yang sememangnya telah ada dalam
dirinya, lalu beliau berkata mana keadilannya!. Manakan adil bagi seorang yang
kehilangan barang, mengadu nasib dan meratab kehilangan barang tiba-tiba apabila
pencurinya dengan senag diampunkan dosa. Kalau bagitu, mudahlah bagi sesaorang
melakukan dosa kemudian memohon ampun daripada Padri.Sekian dahulu.

Saya harap kawan -kawan saya dari penganut agama Kristian Khatolik tidak terguris
hati dengan tulisan ini, kerana saya hanya melaporkan sahaja apa yang diceritakan
oleh bekas Padri Thomas. kalau tak puas hati, sila hantar message pada saya
james@pkrisc.cc.ukm.my saya akan cuba terangkan lebih lanjut peristiwa-peristiwa
yang pernah berlaku kepada teman saya bekas padri Thomas Layde. Sekian

Read more...

CIRI-CIRI ORANG YANG MEMILIKI KEIKHLASAN

Monday, August 23, 2010

   Banyak diantara kita sekarang dilihat membuat sesuatu kerja dengan sambil lewa dan ada yang rajin namun kita tidak tahu dakah ia ikhlas atau tidak.Ikhals itu datangnya dari allah dan kita yang harus berusaha mendapatkannya.Berikut adalah ciri-ciri  orang yang memiliki keikhlasan:

1.Hidupnya jarang sekali berasa kecewa
Orang yang ikhlas ini tidak akan pernah berubah sikap kalau dicaci atau dipuji.Ini kerana hatinya tenang dan yakin bahawa amalannya bukan untuk dinilai oleh manusia tetapi oleh Allah s.w.t.

2. Tidak bergantung atau berharap kepada makhluk
Saidina Ali pernah berkatabahawa orang yang ikhlastidak pernah mengharapkan pujian dan ucapan terima kasih di atas setiap perbuatannya.Orang yang ikhlas sentiasa berpegang kepada kepercayaannya bahawa setiap amalan yang dilakukan adalah interaksi dengan Allah supaya mendapat keredhaan-Nya semata-mata.

3.Tidak pernah membezakan amal besar dan kecil
Diriwayatkan bahawa Imam Ghazali pernah bermimpi.Dalam mimpinya beliau melihat seekorlalat masuk ke dalam tempat tintanya.Lalu beliau angkat lalat tersebut dengan berhati-hati,dibersihkannya lalat itu sehingga lalat itu boleh terbang semula.Kesimpulannaya,sekecil manapun sebuah amalan,apabila kita buatnya dengan sempurna dan niat hanya untuk Allah,maka akan menjadi amal yang sangat besar di sisinya.

4.Banyak amal kebaikan dirahsiakan
Contohnya ketika solat jemaah kita ditugaskan menjadi imam,kita akan berusaha untuk khusyuk dan membaca ayat yang panjang.Tapi,adakah kita melakukan perkara yang sama ketika solat bersendirian?jadi pastikan kita buat sesuatu secara istiqamah.

Read more...

MASUKLAH ISLAM SECARA MENYELURUH

Memahami syariah Islam secara global amat penting agar kita tidak menjadi seperti kisah klasik; tiga si buta yang mahu bercerita tentang gajah. Salah seorang daripada mereka yang memegang kaki gajah mengatakan gajah berbentuk seperti tiang. Si buta kedua yang memegang ekor gajah mengatakan gajah berbentuk seperti tali. Manakala seorang lagi yang memegang belalai gajah mengatakan gajah berbentuk seperti pili paip. Kisah ini menggambarkan implikasi jika kita mahu berbicara mengenai sesuatu yang masih samar, tidak jelas dan tidak dilihat dari skop yang lebih luas dan sempurna.






Begitulah dalam memahami dan mengamalkan Islam. Kita sewajarnya memahami Islam secara menyeluruh, sebelum beramal dan bercakap mengenai Islam. Mujtahid semasa, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam khutbah yang dipetik dari laman web rasmi beliau sentiasa berpesan kepada masyarakat Islam umumnya, dan khususnya kepada para mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) agar berusaha untuk memahami Islam dengan cara yang baik. Ini kerana beliau melihat kesan yang amat teruk andainya Islam gagal difahami secara tidak sempurna oleh penganutnya, lebih-lebih lagi mereka yang mendalami pengajian Islam.
Islam adalah cara hidup seimbang yang mengutamakan pembangunan intelektual, material dan jiwa, wajar dimanifestasikan mengikut objektifnya yang sebenar. Untuk itu, tidak cukup bagi kita sekadar berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan jelas bagaimanakah Islam yang sebenar.
Syariah Islam tidak boleh dilihat dalam satu skop sahaja, contohnya ibadah sahaja, atau undang-undang jenayah sahaja. Ia mesti dikenali dan difahami secara menyeluruh merangkumi aspek-aspek asas, sifat-sifat syariah bahkan memahami keutamaan (awlawiyyat ) dalam hukum Islam. Cukuplah sejarah pergeseran umat Islam silam sebagai bukti bahawa implikasi tidak memahami syariah dengan sempurna adalah sangat buruk. Pergeseran dan perpecahan selalunya berpunca daripada mereka yang memahami Islam secara mendatar, tidak komprehensif diambil dari skop tertentu sahaja.

Hal ini kerana mereka melihat Islam hanya tertakluk kepada aspek-aspek hukum sahaja, sedangkan hukum-hukum fikah dalam Islam sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian tempat dan masa. Mereka yang tidak ada asas dalam proses penerbitan hukum fikah sudah tentu sukar menerima kenyataan bahawa hukum fikah tidak semestinya sama di seluruh dunia dan atau tidak berubah sepanjang masa. Bagi mereka, hukum fikah yang telah dikeluarkan oleh ulama yang mereka kagumi perlu diikuti oleh semua orang.

Selain itu, menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, satu lagi impak yang saling berlawanan akibat gagal memahami Islam dengan baik, iaitu golongan yang melihat Islam hanya sekadar aspek ritual sahaja. Islam mereka cuma sebelah malam bersembahyang di masjid, tetapi kerja-kerja seharian mereka terpisah dengan Islam. Persoalan aurat, batas pergaulan, akhlak dan hukum-hukum lain dilihat terpisah daripada tugas-tugas seharian. Sebab itu masih ada mereka yang mendedahkan tubuh badan tetapi masih mampu berkata bahawa mereka sedang mencari rezeki yang halal. Tanpa mereka sedari bawah perbuatan mereka bukan sahaja bertentangan dengan nas hukum tetapi bertentangan juga dengan semangat syariah yang mahu menjaga kemaslahatan masyarakat.

Dalam aspek yang lain, kegagalan memahami syariah boleh menyebabkan ada yang cenderung menggunakan akal secara keterlaluan dalam penilaian hukum. Penilaian mereka ini lebih cenderung kepada penggunaan akal semata-mata tanpa merujuk pentafsiran oleh Rasulullah s.a.w. Sekali pun mereka mengikuti al-Quran, namun mereka mentafsirkan al-Quran itu berasaskan kepada akal mereka semata-mata tanpa panduan hadis Rasulullah s.a.w. Daripada aliran inilah juga lahirnya golongan anti-hadis atau anti-sunah. Golongan ini menolak sunah atau hadis nabi, dengan alasan bahawa sebarang perbuatan atau perkataan Nabi s.a.w. hanyalah sesuai untuk zaman itu sahaja.

Justeru, di mana kita? Di mana Islam yang sebenar? Islam yang sebenar berada di tengah-tengah antara dua ekstrim itu. Untuk berada antara dua ekstrim tadi, satu bentuk kefahaman yang menyeluruh diperlukan. Sebagaimana kata Dr. Yusuf al-Qardhawi, ``Sebelum berbangga dengan kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari sudut-sudut tertentu.''

Seseorang yang ingin memahami Islam perlu pertamanya memahami prinsip-prinsip dan ciri-ciri utama agama Islam. Dalam Islam terdapat prinsip yang tidak boleh menerima perubahan dan terdapat juga unsur fleksibel yang boleh berubah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Untuk mengenalinya pula, kita perlukan pengetahuan tentang sumber-sumber syariah Islam, kaedah memahami sumber, serta kaedah mengelakkan pemahaman yang saling bercanggahan antara dalil dalam dalam sumber syariah Islam.

Pemahaman dalil boleh memberi implikasi terhadap pengamalan Islam. Kita akan mampu melihat hukum-hukum Islam mengikut susunan keutamaan yang betul. Hukum yang lebih penting wajar diutamakan, dan hukum yang lebih mendesak perlu disegerakan. Hukum yang kurang penting perlu dilaksanakan tetapi memerlukan kaedah yang tepat agar ia nanti terlaksana berasaskan kehendaknya yang sebenar.
Selain daripada itu, sejarah perkembangan hukum Islam juga mesti difahami dan dihayati agar kita dapat melihat dengan jelas bagaimana hukum-hukum Islam berkembang bermula dalam sistem masyarakat yang kecil pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah kepada kompleksiti komuniti zaman sekarang. Sejarah tokoh-tokoh silam perlu diketahui dan diselidiki. Boleh dikatakan dalam sejarah tokoh mazhab fikah, tidak ada seorang pun tokoh ini yang bersifat taksub dengan pandangan sendiri. Bahkan mereka ini sentiasa terbuka menerima kritikan dan tidak menjadikan pendapat mereka itu mutlak untuk semua masyarakat. Mereka juga melarang pengikutnya daripada mengikuti pendapat mereka secara membuta tuli tanpa menyelidiki nas daripada teks sumber syariah Islam itu sendiri.

Pemahaman yang baik terhadap syariah akan membuahkan keseimbangan pemikiran serta hanya dengan ini Islam sebagai umat pertengahan dapat dilahirkan. Hanya masyarakat yang berada pada tahap pertengahan dan seimbang sahaja dapat menilai sesuatu kebenaran dan kebatilan dengan cara yang baik. Firman Allah: Dan demikianlah Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)... (Al-Baqarah: 143)

Cuba andaikan anda berada dalam sebuah bulatan. Posisi yang terbaik anda melihat semua sisi pada jarak yang sama sudah tentu adalah pada titik tengahnya. Begitulah dalam kehidupan, Islam mahukan umatnya berada dalam posisi terbaik yang bukan sahaja dapat menilai sesuatu dengan seimbang, bahkan mampu mengawal masyarakat seluruhnya andainya mereka berjaya mencapai kedudukan strategik.
Mencari kedudukan yang strategik memerlukan kesungguhan dan komitmen berterusan serta niat yang ikhlas dan suci. Andainya si buta memegang gajah dengan lebih lama, menyentuh semua anggota gajah sebelum berbicara tentangnya, sudah tentu dia dapat gambaran yang lebih baik tentang gajah. Namun andainya kita tidak ada kemampuan untuk mendalami asas-asas Islam, beramallah setakat yang termampu dan lebih baik diam daripada berbicara tentang apa yang kita sendiri tidak faham.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP