BASMALAH

BASMALAH

CIRI-CIRI ORANG YANG MEMILIKI KEIKHLASAN

Monday, August 23, 2010

   Banyak diantara kita sekarang dilihat membuat sesuatu kerja dengan sambil lewa dan ada yang rajin namun kita tidak tahu dakah ia ikhlas atau tidak.Ikhals itu datangnya dari allah dan kita yang harus berusaha mendapatkannya.Berikut adalah ciri-ciri  orang yang memiliki keikhlasan:

1.Hidupnya jarang sekali berasa kecewa
Orang yang ikhlas ini tidak akan pernah berubah sikap kalau dicaci atau dipuji.Ini kerana hatinya tenang dan yakin bahawa amalannya bukan untuk dinilai oleh manusia tetapi oleh Allah s.w.t.

2. Tidak bergantung atau berharap kepada makhluk
Saidina Ali pernah berkatabahawa orang yang ikhlastidak pernah mengharapkan pujian dan ucapan terima kasih di atas setiap perbuatannya.Orang yang ikhlas sentiasa berpegang kepada kepercayaannya bahawa setiap amalan yang dilakukan adalah interaksi dengan Allah supaya mendapat keredhaan-Nya semata-mata.

3.Tidak pernah membezakan amal besar dan kecil
Diriwayatkan bahawa Imam Ghazali pernah bermimpi.Dalam mimpinya beliau melihat seekorlalat masuk ke dalam tempat tintanya.Lalu beliau angkat lalat tersebut dengan berhati-hati,dibersihkannya lalat itu sehingga lalat itu boleh terbang semula.Kesimpulannaya,sekecil manapun sebuah amalan,apabila kita buatnya dengan sempurna dan niat hanya untuk Allah,maka akan menjadi amal yang sangat besar di sisinya.

4.Banyak amal kebaikan dirahsiakan
Contohnya ketika solat jemaah kita ditugaskan menjadi imam,kita akan berusaha untuk khusyuk dan membaca ayat yang panjang.Tapi,adakah kita melakukan perkara yang sama ketika solat bersendirian?jadi pastikan kita buat sesuatu secara istiqamah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP